Home Tempatan Mufti Wilayah Menafikan Penglibatan Dalam Program Pakatan Harapan

Mufti Wilayah Menafikan Penglibatan Dalam Program Pakatan Harapan

SHARE

Putrajaya: Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan sekeras-kerasnya penglibatan di dalam program ‘Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan.

kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Program ini.”

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan media berikutan poster tular yang mengandungi gambar SS Mufti sebagai salah seorang peserta program tersebut.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami, sama ada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Program ini.”

Selain daripada itu, SS Mufti Wilayah Persekutuan juga menyatakan pendirian bahawa tidak memihak kepada mana-mana parti politik atas kapasiti Mufti Wilayah Persekutuan, dan menyebarkan poster tersebut tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pada ketika program tersebut berlangsung, SS Datuk Mufti sedang berada dalam perjalanan dari Labuan ke KLIA 2.

Beliau juga berharap agar rakyat Malaysia lebih berhati-hati dalam menyelidik hal yang belum ada kepastian lagi.

Comments