Home Tempatan Mufti: Tidak sah solat campur lelaki wanita di masjid ‘liberal’

Mufti: Tidak sah solat campur lelaki wanita di masjid ‘liberal’

SHARE
German-Turkish lawyer, author and activist Seyran Ates (R) readies the prayer area prior to an inaugural friday payer at the Ibn Rushd-Goethe-mosque in Berlin on June 16, 2017. Founded by Seyran Ates, the mosque aims to establish a humanistic, secular and liberal reading of Islam. / AFP PHOTO / John MACDOUGALL

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Tidak sah solat lelaki yang berimamkan wanita dan juga solat mereka yang bercampur makmum lelaki dan wanita, kata mufti Perak.

Mengulas masjil “liberal” di Berlin, Tan Sri Harussani Zakaria juga menyifatkan solat seumpama itu bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, lapor Kosmo!

“Syarat sah solat berjemaah perlu diimamkan oleh lelaki dan tidak sah jika diimamkan oleh wanita,” katanya.

“Solat juga tidak sah sekiranya saf diselang-selikan dengan wanita. Umum sedia maklum bahawa perbuatan itu bertentangan dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Jumaat lalu, sebuah masjid di Jerman membenarkan jemaah lelaki dan wanita bersolat bersebelahan selain berimamkan seorang wanita.

Masjid kecil sempena nama dua tokoh besar Ibnu Rushd dan Johann Wolfgang von Goethe berimamkan antaranya warga Malaysia-Amerika Syarikat, Ani Zonneveld.

Diasaskan oleh tujuh individu, masjid ke-88 di sini terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan, lapor AFP.

Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah, sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan bersolat.

Sewaktu kunjungan agensi berita itu, Zonneveld melaungkan azan di masjid yang bertujuan “membuang unsur politik” daripada ibadat “peribadi” tersebut.

Zonneveld, penggubah lagu dan imam wanita, sebelum ini menang beberapa anugerah muzik di Malaysia, selain anugerah Grammy.

The Malay Mail Online

Comments