Home Tempatan Mufti sekali lagi nafi campur tangan kerajaan dalam fatwa

Mufti sekali lagi nafi campur tangan kerajaan dalam fatwa

Jawatankuasa fatwa tidak merekodkan sebarang bantahan daripada ahli politik terhadap fatwa kalimah Allah, kata pengerusi

SHARE

GEORGE TOWN: Semua fatwa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang adalah muktamad dan tidak boleh dicampuri ahli politik, tegas Mufti Dr Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini.

Perkembangan ini menyusuli dakwaan berbeza daripada seorang ahli jawatankuasa hari ini.

Wan Salim berkata tiada bantahan direkodkan terhadap fatwa kalimah Allah, “oleh individu tertentu atau kumpulan tertentu”, yang melarang penggunaan 40 kalimah orang Islam oleh orang bukan Islam pada 2010, tidak seperti yang didakwa Md Saleh Ahmad.

Saleh dalam kenyataan hari ini mendakwa seorang exco membantah larangan itu dan mahu fatwa tersebut ditangguhkan.

Wan Salim, yang juga pengerusi Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berkata, Pulau Pinang mematuhi keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengenai fatwa kalimah Allah pada 2008.

Hasilnya, fatwa yang khusus bagi Pulau Pinang mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Mac 2010.

Wan Salim juga menafikan dakwaan mengenai beberapa fatwa “ditangguhkan”.

Free Malaysia Today

Comments