Home Tempatan MUFTI PERLIS WAJAR DISIASAT KERANA MENGHASUT

MUFTI PERLIS WAJAR DISIASAT KERANA MENGHASUT

SHARE

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin wajar disiasat dibawah Akta Hasutan 1958 apabila membela individu yang dikaitkan dengan militan tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin mencabar Asri supaya mengemukakan bukti apabila mendakwa tahanan Siti Aisyah Atam dizalami.

“Mufti Perlis dakwa ada pihak yang menzalimi dan menyeksa Siti Aisyah Atam sedemikian rupa, sila beri jawapan anda.

“Siapakah yang menzalimi dan menyeksa wanita berkenaan? Jika gagal memberikan fakta saya katakan anda (Asri) adalah seorang ‘Mufti Pembohong’ dan tukang fitnah agensi kerajaan.

“Sewajarnya anda berhenti menjadi mufti dan kembali menjadi pensyarah USM dan rajin buat kajian emperikal sebelum mengeluarkan kenyataan murahan.

“Elok benar jika PDRM menyiasat Mufti Perlis mengikut Akta Hasutan 1958,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Semalam Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara individu yang lantang membela Siti Aisyah yang dikaitkan dengan gerakan militan.

Beliau juga turut mempersoal kredibiliti Zamihan yang menjadi sumber rujukan kes berkenaan.

Zamihan dalam kritikan balasnya terhadap Asri menyifatkan Mufti Perlis sebagai rempit jalanan kerana suka memfitnah.

Comments