Home Tempatan Muallaf buta: Kenapa perlu tukar nama Melayu selepas masuk Islam? (VIDEO)

Muallaf buta: Kenapa perlu tukar nama Melayu selepas masuk Islam? (VIDEO)

SHARE

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Ibarat bayi baru lahir selepas memeluk Islam dua tahun lalu, seorang pemuda buta redha jika dipinggirkan keluarga sendiri hanya kerana minatnya berdakwah.

Juara hafazan muallaf peringkat negeri Melaka, Tan Mike Foong, 22, belum bersedia berterus-terang dengan keluarganya tentang usaha mendalami ilmu Islam.

“Walaupun keluarga sudah tahu saya peluk Islam tapi saya kata saya pergi menyanyi. Saya ada alasan untuk berhelah. Saya tahu kalau saya cakap benar, mereka tidak akan terima.

“Sampai saya menangis dan kata pada kawan, saya tiada niat. Sebabkan sayangkan mereka, saya buat macam ini. Bila kita buat keputusan memeluk Islam, segala-segalanya kita kena hijrah dan korban,” kata Mike sebak ketika ditemui ProjekMMO.

“Nabi (Muhammad) berhijrah dari Mekah ke Madinah dan sepanjang berhijrah banyak titis darah Nabi korbankan. Kita apalah sangat pengorbanan kita.”

Mahir bermain alat muzik keyboard, pemuda asal Kuala Kubu Baru, Selangor, tidak berhasrat untuk menukar namanya menjadi lebih Islamik kerana menganggap tiada keperluan.

“Saya rasa nama Mike asalnya daripada Mikail. Lagipun Nabi pun tidak menukar nama, sebaliknya membetulkan nama yang lebih elok.

“Kenapa? Sebab saya hendak galakan Cina yang bukan Islam. Jika anda ada nama yang baik tidak perlu tukar (selepas peluk Islam).

“Kalau hendak tambah tiada masalah. Dan sebenarnya tidak perlu susah-susah hendak cari nama Melayu,” katanya.

Penghuni Persatuan Orang Buta Malaysia Brickfields itu mendapat hidayah selepas mendalami ayat Kursi dalam surah al-Baqarah (ayat 255).

Cinta Mike pada Islam bermula dengan daya tarikan suara azan yang didengarnya sejak kecil termasuk alunan ayat suci al-Quran di televisyen.

Memeluk Islam pada 11 Jun 2015, Mike berhasrat menjadi pendakwah di Interactive Dakwah Training (IDT) yang berpusat di Wangsa Maju, di sini.

The Malay Mail Online

Comments