Home Tempatan Mualaf tersalah bakar peluk Islam dengan rela hati

Mualaf tersalah bakar peluk Islam dengan rela hati

SHARE

KAJANG, 6 Jun — Hassan Abdullah, atau Lim Ah San, mayat yang dipercayai tersalah serah oleh Hospital Kajang, memeluk Islam dengan kerelaan hatinya.

Lelaki mualaf Cina itu, 74, memeluk Islam pada September 2015, selepas setahun menetap di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, di sini, lapor Sinar Harian.

“Arwah memeluk Islam atas kerelaan hatinya sendiri ketika dia mendiami pusat ini,” kata seorang ustazah di pusat itu, yang tidak dinamakan.

Wanita itu juga berkata Hassan, yang meninggal dunia kelmarin kerana sakit tua, adalah bekas guru bahasa Inggeris dan Matematik.

“Dia seorang yang peramah malah fasih berbahasa Inggeris ketika berbual bersama kami,” katanya.

Semalam dilaporkan jenazah Hassan dibakar ekoran kekeliruan namanya hampir sama dengan satu lagi mayat, Chu Kim San, 70-an sewaktu penyerahan oleh Unit Forensik, hospital itu.

Majlis Agama Islam Selangor dilapor menguruskan jenazah Hassan mengikut cara Islam dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan pada 11.30 pagi kemarin.

The Malay Mail Online

Comments