Home Tempatan MTDC tawar Dana Halal

MTDC tawar Dana Halal

SHARE

KUALA LUMPUR: Malaysian Technology Develoment Corporation (MTDC) memperkenalkan Dana Pembangunan Teknologi Halal (Dana Halal) menerusi peruntukkan kerajaan berjumlah RM100 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Ahli Lembaga Pengarah MTDC, Tan Sri Abd Rahman Mamat, berkata pada asasnya peruntukan itu bertujuan membangunkan kemampuan dan keupayaan syarikat berteknologi yang berasaskan produk atau perkhidmatan halal.

“Dana Halal ini direka khusus untuk memupuk dan membiayai perniagaan kecil dan sederhana (PKS) bagi pertumbuhan jangka panjang yang berorientasikan eksport melalui aktiviti halal yang patuh syariah.

“Ia memberi tumpuan kepada kluster makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan diri, farmaseutikal & nutraseutikal; termasuk bahan dan bahan tambahan,” katanya pada Majlis Pelancaran Dana Halal MTDC di sini, hari ini.

Turut berlangsung pengumuman lima syarikat penerima Dana Halal MTDC iaitu Organic Gain Sdn Bhd, Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd, DMS Resources Sdn Bhd, Hernan Corporation Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd.

Berita Harian

Comments