Home Tempatan M’sia sambut baik Arab Saudi tambah biasiswa – PM

M’sia sambut baik Arab Saudi tambah biasiswa – PM

SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia.

“Perancangan ini sudah tentu akan menggalakkan dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Malaysia bagi mendapatkan pelajaran di peringkat tertinggi, ” kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharu Facebook beliau.

Najib berkata, beliau percaya pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada pemberian biasiswa itu. Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi semalam berkata keputusan menambah jumlah biasiswa itu berikutan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lalu.

Dr Zayed berkata, buat masa ini, lebih 100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara itu. BERNAMA

Berita Harian

Comments