Home Tempatan M’sia-Australia perkukuh kerjasama tangani Daesh

M’sia-Australia perkukuh kerjasama tangani Daesh

SHARE

KUALA LUMPUR: Australia menyatakan minat dengan inisiatif penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di negara ini, yang bertujuan membanteras pengaruh ekstremis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein, berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau bersama Menteri Luar Australia, Julie Bishop di bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata, isu utama dibincang berkaitan memperkukuh hubungan Malaysia dan Australia dalam menangani ancaman keganasan dan tindakan radikal, menerusi perkongsian kepakaran risikan dan persenjataan.

“Hubungan yang erat antara Malaysia dan Australia perlu digunakan sepenuhnya bagi melihat ancaman-ancaman baharu iaitu Daesh.

“Pengalaman Australia menangani penularan pengaruh ekstremis boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam menangani ancaman itu di sini,” katanya ditemui media selepas pertemuan itu. Beliau berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan melalui Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang turut dianggotai oleh New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan sebelum ini, berperanan membentuk skop bidang tugas berkaitan penubuhan KSCIP.

Penubuhan KSCIP bersempena nama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud adalah tanda keikhlasan dan kepercayaan baginda terhadap kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu berkaitan extremisme dan radikalisme melalui konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan di rantau ini.

Selesai pertemuan itu, Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Somalia, Mohamed Omar Arteh di lokasi sama.

Ditanya sama ada Australia akan menjadi negara ketiga bagi membantu meredakan konflik Malaysia-Korea Utara, beliau menafikan perkara itu.

Berita Harian

Comments