Home Tempatan Mohamad Fuzi dilantik KPN baharu

Mohamad Fuzi dilantik KPN baharu

SHARE
KHALID ABU BAKAR menyerahkan Tongkat Kuasa kepada Mohamad Fuzi Harun sambil disaksikan Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, 58, adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjaya Pa­sukan Polis (SPP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suruhanjaya itu juga bersetuju mengekalkan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

“Jawatan (Noor Rashid) bagai­manapun dinaikkan ke Turus III dan Suruhanjaya turut memutuskan Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dilantik sebagai Pe­ngarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu,” katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut

 

Comments