Home Tempatan Modul Inabah diperluas rawat ketagihan dadah -TPM

Modul Inabah diperluas rawat ketagihan dadah -TPM

SHARE
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai ketika melawat Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan di Raub, Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN

RAUB 24 Feb. – Modul Inabah iaitu menggunakan pendekatan agama dalam rawatan dan pemulihan akan diperluaskan ke sebahagian besar Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) di seluruh negara dalam usaha menangani masalah dadah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah Inabah boleh dijadikan sebagai alternatif kerana program rawatan menggunakan pendekatan kerohanian mampu memulihkan masalah ketagihan bahan larangan itu.

Beliau berkata, kaedah itu boleh digabungkan dengan pendekatan secara konvensional atau sainstifik bagi meningkatkan tahap keberkesanan pemulihan.

“Dalam soal pemulihan, selain kaedah sainstifik maka kita guna pendekatan keagamaan. Langkah ini penting kerana pendekatan ini boleh melakukan pemulihan jangka masa panjang apabila melibatkan penguasaan roh dan minda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap sempena lawatan kerja ke Sungai Ruan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments