Home Antarabangsa Mo Salah Enggan Tinggal Puasa Walau Hadapi Perlawanan Penting

Mo Salah Enggan Tinggal Puasa Walau Hadapi Perlawanan Penting

SHARE
Peminat gusar apabila fakta menunjukkan Salah akan berpuasa selama 18 jam pada hari perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah. - REUTERS/Dylan Martinez

PENYERANG prolifik Liverpool, Mohamed Salah, membuat pengakuan tidak akan sekali-kali meninggalkan puasa Ramadan, walaupun pada hari perlawanan penting hujung minggu ini.

Salah, yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, menimbulkan kegusaran ramai peminat kelab itu apabila fakta menunjukkan dia akan berpuasa selama 18 jam pada pentas final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.

Menurut laporan portal berita Arab Saudi, Salah memaklumkan soal berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas, dia beragama Islam.

“Kejayaan saya hari ini datang dari Allah. Saya akan terbabit dalam banyak perlawanan penting pada bulan Ramadan ini, termasuk Piala Dunia, tetapi saya berniat mahu menghabiskan puasa 30 hari tanpa meninggalkannya,” kata Salah seperti yang dipetik portal Yenisafak.com.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments