Home Uncategorized MMMSL: Prasarana lepasi tempoh operasi kritikal

MMMSL: Prasarana lepasi tempoh operasi kritikal

SHARE

ARAFAH 1 Sept. – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membuktikan keupayaan apabila berjaya mengendalikan operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) pada waktu kemuncak tahun ini dengan membawa lebih 330,000 jemaah dari Mina ke Arafah dan seterusnya, Muzdalifah bagi menyempurnakan rukun dan syarat wajib haji.

Tempoh 24 jam dari pukul 2 pagi 9 Zulhijah hingga 12 tengah malam tadi (waktu tempatan) sangat kritikal kerana ia merupakan kemuncak perjalanan jemaah haji membabitkan ibadah wukuf di Arafah, sebelum bergerak serentak ke Muzdalifah untuk bermalam sementara di situ.

Bagi menjayakan operasi tersebut Prasarana menggerakkan sebanyak 15 tren yang masing-masing setiap satu mampu membawa 72,000 jemaah sejam, menggunakan kaedah pergerakan tren konvoi metro yang menyaksikan enam tren bergerak serentak dari satu stesen ke stesen lain.

Meskipun stesen ‘diserbu’ jemaah pada satu masa, namun dengan sistem penyuraian dan pengagihan khalayak yang betul, ketidakselesaan jemaah berjaya dikurangkan dan operasi berjalan lancar.

Sebanyak empat peringkat halangan dibina bagi memperlahankan pergerakan jemaah ke kawasan platform, sekali gus membolehkan penyuraian dan pengagihan penumpang di sepanjang 300 meter plaftorm tersebut dilakukan dengan berkesan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

Comments