Home Tempatan Misi kemanusiaan kedua akan dilancarkan Mac ini

Misi kemanusiaan kedua akan dilancarkan Mac ini

SHARE
PELARIAN Rohingya memikul kotak yang mengandungi barangan bantuan makanan asas dan kit kebersihan selepas majlis pengagihan oleh Misi Food Flotilla for Myanmar di Kem Pelarian Rohingya Kutupalong, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/HAFIZ JOHARI

KLANG 23 Feb. – Malaysia akan melancarkan misi kemanusiaan kedua Mac depan bagi membantu etnik Rohingya dengan kali ini bantuan yang bakal disalurkan ialah 10,000 unit tandas mudah alih serta 1,000 unit ‘tube well’

Misi kemanusiaan yang bakal dilancarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen itu dijangka akan berlepas ke Myanmar dan Bangladesh sebelum Ramadan ini.

Presiden Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi tandas mudah alih, sumbangan akan diberikan oleh setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) manakala ‘tube well’ pula oleh semua 222 ahli Parlimen. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments