Home Tempatan Misi flotila diiktiraf Malaysia Book of Record

Misi flotila diiktiraf Malaysia Book of Record

SHARE
MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Huseein bergambar bersama sukarelawan misi "Food Flotilla 4 Myanmar" sebaik tiba di Boustead Cruise Center di Pelabuhan Klang, sebentar tadi. - Foto Osman Adnan

PELABUHAN KLANG: Misi Food Flotilla For Myanmar (FFFM) diiktiraf Malaysia Book of Record sebagai misi kemanusiaan terbesar yang dihantar ke sesebuah negara hari ini.

Ia membabitkan penyertaan 183 sukarelawan dari 12 negara yang membawa lebih 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan kepada etnik pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

Perkara itu diumumkan pada majlis menyambut sukarelawan FFFM di Boustead Cruise Center di sini sebentar tadi.

Majlis menyambut ketibaan kapal Nautical Aliya itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Ketua misi flotila merangkap Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid; dan Pengarah Operasi FFFM, Datuk Farid Hasan.

Nautical Aliya yang dikemudikan Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamed, belayar selama 20 hari sejak 3 Februari lalu untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Berita Harian

Comments