Home Tempatan Minta Mahathir wujudkan jawatan TPM untuk wakil Cina

Minta Mahathir wujudkan jawatan TPM untuk wakil Cina

SHARE
Pheng Yin Huah

SHAH ALAM – Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) mencadangkan supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mewujudkan satu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh wakil Cina.

Memetik laporan portal berita semalam, Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah turut mencadangkan supaya wakil keturunan Cina dilantik bagi jawatan menteri atau timbalan menteri di beberapa kementerian yang dianggap penting.

 
7 Tuntutan Kedaulatan Islam

Antara kementerian itu adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kewangan, Pendidikan dan Dalam Negeri.

Beliau berkata, Hua Zong turut meminta kerajaan mengotakan semua janji pilihan raya termasuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya, serta mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments