Home Tempatan Miliki enam sifat Mukmin – Sheikh Abdul Aziz Fredericks

Miliki enam sifat Mukmin – Sheikh Abdul Aziz Fredericks

SHARE
SHEIKH Abdul Aziz Ahmed Fredericks menyampaikan ceramah dan kuliah, bertajuk 'Berkat Waktu Tertentu' di Taman Setiawangsa. - Foto Mahzir Mat Isa

AL-QURAN banyak membicarakan golongan orang yang beriman khususnya dalam menceritakan sifat seorang mukmin yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dalam surah al-Mukminun daripada ayat satu hingga 11 antaranya menjelaskan sifat orang beriman berserta balasan yang diperoleh, iaitu kejayaan dan kemenangan yang dicapai di akhirat nanti melalui nikmat syurga.

Dalam 11 ayat pertama dalam surah itu, terdapat enam ciri orang beriman yang dinyatakan, iaitu khusyuk dalam solat, menjauhkan diri dari perkara yang tiada berguna, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan janji serta memelihara solat.

Pendakwah kelahiran Nottingham, England, Sheikh Abdul Aziz Ahmed Fredericks, berkata orang yang beriman apabila disebut nama Allah, hatinya akan gementar dan apabila dibaca ayat al-Quran akan bertambah keimanannya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments