Home Tempatan METMalaysia Nafi Cuaca Panas Melebihi 40 Darjah Celsius

METMalaysia Nafi Cuaca Panas Melebihi 40 Darjah Celsius

SHARE

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh lima hari akan datang.

Ketua Pengarah METMalaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celsius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.

“Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan Lan semakin lemah.

“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Bernama

 

Comments