Home Antarabangsa Mesyuarat pertama rundingan damai Syria positif

Mesyuarat pertama rundingan damai Syria positif

SHARE
Pusingan baharu rundingan damai Syria bermula di Geneva, kelmarin.

GENEVA – SWITZERLAND. Kumpulan pembangkang Syria menyifatkan mesyuarat pertama dengan Wakil PBB sebagai satu ‘perkembangan positif’ sehari selepas Staffan de Mistura melancarkan pusingan rundingan damai keempat di sini, kelmarin.

“De Mistura memberikan idea dan pendapat positif. Saya percaya beliau lebih bersungguh untuk membincangkan proses peralihan politik di Syria berbanding sebelum ini.

“Setakat ini, tiada langkah tertentu ditetapkan,” kata ketua perunding pembangkang, Nasser al-Hariri.

Menurutnya lagi, delegasi pembangkang telah membentangkan beberapa ‘pemahaman’ Resolusi 2254 yang membincangkan peralihan politik termasuk tadbir urus, pembentukan Perlembagaan baharu dan pilihan raya baharu yang diselia PBB.

Difahamkan, matlamat utama pembangkang adalah untuk menjalin penyelesaian politik yang adil untuk merealisasikan impian dan aspirasi rakyat, lapor al-Jazeera.

Sinar Online

Comments