Home Tempatan Mesyuarat Luar Biasa OIC Berkenaan Rohingya Bermula Di Kuala Lumpur

Mesyuarat Luar Biasa OIC Berkenaan Rohingya Bermula Di Kuala Lumpur

SHARE

Mesyuarat luar biasa Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai situasi minoriti Muslim Rohingya di Myanmar bermula di sini pagi ini dengan mesyuarat pegawai-pegawai kanan (SOM).

Mesyuarat tertutup selama dua jam itu antara lain membincangkan draf resolusi dan kenyataan yang akan diumumkan pada akhir sesi mesyuarat Menteri Luar OIC lewat petang ini.

SOM dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim dan Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik OIC Abdullah Alim.

Sesi luar biasa hari ini berlangsung atas permintaan kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu Muslim Rohingya di Myanmar.

Berdasarkan laporan media, krisis di Rakhine itu menyebabkankan ribuan Rohingya meninggalkan Myanmar selain laporan-laporan mengenai kekejaman termasuk rogol dan bunuh terhadap golongan itu yang disangkal oleh kerajaan Myanmar.

Mesyuarat di ibu negara ini dijangka mengeluarkan dua dokumen yang masing-masing akan menyatakan pendirian bersama OIC berhubung isu itu.

Bernama

Comments