Home Antarabangsa Mesyuarat bincang langkah tangani Daesh

Mesyuarat bincang langkah tangani Daesh

SHARE

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT . Menteri luar dari 68 negara bertemu di sini semalam, untuk memberi persetujuan mengenai langkah seterusnya dalam menentang kumpulan militan Daesh.

Pertemuan itu merupakan perhimpunan pertama gabungan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) sejak pilihan raya November lalu.

Mesyuarat tersebut adalah gabungan antarabangsa pertama sejak tentera Iraq yang disokong gabungan diketuai AS merampas semula beberapa bandar di Baghdad daripada Daesh tahun lalu dan membebaskan timur Mosul.

Rumah Putih dalam satu kenyataan selepas mesyuarat memberitahu, kedua-dua pihak, Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi bersetuju bahawa keganasan tidak boleh ditumpaskan oleh kekuatan tentera semata-mata.

Perbincangan juga memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membantu membina semula Mosul dan cara-cara menangani operasi Daesh di Libya serta negara lain. – Reuters

Sinar Online

Comments