Home Antarabangsa Mesir buka sempadan untuk penduduk Gaza

Mesir buka sempadan untuk penduduk Gaza

SHARE

BANDARAYA GAZA: Mesir membuka semula sempadannya dengan Semenanjung Gaza, hari ini buat kali pertama dalam masa beberapa bulan bagi membolehkan penduduk Islam wilayah itu menunaikan haji.

Pengarah Penerangan Pusat Lintasan Rafah, Hisham Adwan, berkata sempadan dibuka selama empat hari untuk 2,500 jemaah haji.

“Kira-kira 800 jemaah akan meninggalkan wilayah itu hari ini,” katanya sambil menambah mereka yang terbabit sudah menerima visa Arab Saudi.

Jemaah haji Palestin tiba di sempadan Rafah antara Mesir dan selatan Gaza. – Foto AFP

Pusat lintasan itu ditutup sejak beberapa tahun lalu. Ia cuma dibuka sekali-sekala.

Israel terus mengepung Gaza selama sedekad, mendakwa ia penting untuk menghalang Hamas, yang mentadbir wilayah itu daripada memperoleh senjata atau bahan untuk menghasilkannya.

Mesir adalah satu-satunya negara yang mempunyai sempadan darat dengan Gaza.

Pihak berkuasa Mesir menuduh Hamas menyokong pergerakan Islam di negara itu.

Berita Harian

Comments