Home Tempatan Mesej Tular Budak Diculik Untuk Organ Adalah Palsu — Pihak Polis

Mesej Tular Budak Diculik Untuk Organ Adalah Palsu — Pihak Polis

SHARE

KUALA ROMPIN: Mesej tular di aplikasi Whatsapp yang telah mencetuskan kebimbangan kononnya berlaku beberapa siri kes percubaan untuk menculik kanak-kanak di sekitar Kuala Rompin adalah tidak benar, menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor.

Menurutnya lagi, sebuah lagi mesej tular yang mendakwa kononnya telah berlaku sebuah kes penculikan seorang kanak-kanak di Johor yang kemudiannya dijumpai dalam keadaan organ dalaman telah dicuri juga adalah tidak benar.

Dalam temubual dengan Sinar Harian, beliau mengakui bahawa pihaknya telah menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak dan orang awam mengenai kesahihan mesej-mesej tular tersebut.

Beliau berkata, “Kita tidak menerima laporan berkaitan kes-kes sedemikian, namun bagi kes di Taman Exora tu suspek cuba nak mencuri dengan membuka kereta yang parkir di kawasan berhampiran sebuah tadika di taman itu tetapi gagal.”

“Saya sarankan agar masyarakat terutama pengguna media sosial tidak menyebarkan sesuatu mesej sebelum mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa kerana jika tidak benar maka ia menjadi perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.”

Comments