Home Antarabangsa Merkel gesa rakyat Jerman bersatu tangani keganasan

Merkel gesa rakyat Jerman bersatu tangani keganasan

SHARE
CANSELOR Jerman, Angela Merkel. - Foto AFP

BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel hari ini menggesa rakyat Jerman agar berpegang teguh kepada nilai demokrasi ketika berdepan keganasan dalam usaha menentang ‘pembunuhan penuh kebencian’ dengan menerapkan kasih sayang dan perpaduan.

Dalam ucapan sempena sambutan Tahun Baharu, kurang dua minggu selepas warga Tunisia merempuh sebuah trak ke arah pasar Krismas di Berlin, hingga membunuh 12 orang. Merkel mengakui ia adalah sesuatu yang ‘pahit dan menjijikkan’ kerana serangan itu dan beberapa yang lain dilakukan oleh pencari suaka.

Bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan keputusannya pada September 2015 membenarkan puluhan ribu pelarian perang dari negara Arab dan Islam masuk ke negara itu. “Apabila kita melihat imej pengeboman di Aleppo, Syria kita perlu mengatakan sekali lagi betapa penting dan wajar untuk kita membantu mereka yang memerlukan perlindungan dan mencari jalan mereka ke sini dan untuk mengintegrasikan mereka,” katanya.

Merkel berkata menerusi nilai-nilai kemanusiaan dan keterbukaan Jerman perlu menundukkan mereka yang menyokong kebencian. “Sambil kita menjalani kehidupan seharian dan bekerja, kita memberitahu pengganas: Anda adalah pembunuh yang penuh dengan kebencian tetapi anda tidak akan menentukan bagaimana kita hidup dan mahu hidup.

Kita bebas, penuh kasih sayang dan terbuka,” katanya. Merkel menjadi sasaran kerana polisi pelariannya yang liberal. Malah kedatangan sekitar satu juta orang dalam tempoh dua tahun lalu menjadikan keadaan penduduk agak padat. – AFP

Berita Harian

Comments