Home Tempatan MEPS Nafi Mesej Tular

MEPS Nafi Mesej Tular

SHARE

Kuala Lumpur: Mesej tular mengenai Malaysia Electronic Payment System Sdn Bhd atau MEPS@Horizon yang dikatakan sedang bermasalah dan pengguna bakal kerugian kerana duit tidak berjaya dikeluarkan walaupun jumlah yang sama ditolak adalah tidak benar, demikian menurut jurucakap MEPS yang enggan namanya disiarkan sewaktu dihubungi Menara.my di sini, kira-kira jam 3.00 petang, hari ini.

Mesej tular tersebut menyatakan:

“sape2 nak ambik(cucuk) di bank (ATM guna mesin kad) cucuk duit dekat bank sendiri..kalau maybank,cucuk kt maybank..sbb MEPS tgh ada problem..kawan dia pakai kad cimb tp cucuk kt atm maybank..amount duit deduct,tapi duitnya tak klua..bgtau bank buat report,kena tunggu 2 minggu baru setel..and bank pon pesan nak cucuk duit cucuk di atm bank sendiri..sbb MEPS tgh problem..

Terima kasih #Kongsi itu ambil tahu..”

Demikian mesej daripada seorang pengguna MEPS yang mencemaskan sebahagian rakyat Malaysia dan sedang hangat diperkatakan pengguna di Whatsapps kini berhubung kerosakan pada sistem MEPS itu dan semakin heboh dan tersebar gara-gara mesej tersebut.

Menurut Jurucakap MEPS yang enggan namanya disiarkan, pihaknya menafikan perkara itu kerana ianya adalah mesej yang tidak benar.

“Bagaimanapun, MEPS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung salah faham isu ini dalam masa terdekat,” katanya.

“Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak terus mempercayai mesej tular ini sebaliknya diminta terus menghubungi pihak MEPS untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut di talian bebas tol 1 800 18 6377.”

Menara.my masih menunggu jawapan daripada pihak MEPS yang berjanji akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai isu berkenaan bagi menjawab segala persoalan dan keraguan pengguna yang menggunakan sistem perkhidmatan MEPS di mana umum mengetahui perkhidmatan tersebut banyak terdapat di mesin ATM seluruh negara.

Comments