Home Antarabangsa Menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain

Menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain

SHARE
Sumber: Twitter Nusrat Ghani

LONDON – Nusrat Ghani mencipta sejarah apabila menjadi menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain, kelmarin.

Nusrat yang baharu dilantik sebagai Menteri Pengangkutan diberi tepukan gemuruh ketika beliau menjawab soalan mengenai akses stesen untuk golongan kurang upaya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Wealden sejak 2015 dilahirkan di Kashmir, Pakistan.

Sementara itu, Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling berkata, pelantikan Nusrat membuktikan bahawa Parti Konservatif (Tories) adalah parti yang saksama.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments