Home Tempatan Menghina Sensitiviti Agama Cara Orang Tidak Beradab – Ustaz Idris Ahmad

Menghina Sensitiviti Agama Cara Orang Tidak Beradab – Ustaz Idris Ahmad

SHARE

Putrajaya: Nanyang Siang Pau dilihat cuba mengapi-apikan rakyat di negara ini dengan memainkan sentimen sensitif orang-orang Islam.

Menurutnya, orang Islam di Malaysia terutamanya orang Melayu begitu sensitif tentang agama, mereka boleh hilang tanah dan kampung halaman, tetapi tidak boleh hilang agama apatah lagi dipersenda dan dihina.

Beliau yang juga Pengerusi Jabatan Tarbiyah PAS berkata, sepatutnya Nanyang Siang Pau sudah faham di Malaysia isu-isu agama ini cukup sensitif, kita kena sama-sama jaga keharmonian dan adab agar tidak terjejas.

Idris turut berpesan, “Jangan kamu hina agama orang lain kelak mereka akan hina agama kita semula, Nanyang Siang Pau jangan buat begitu, sila hentikan main isu agama,” katanya.

Menurutnya, PAS sendiri boleh mengawal ahlinya dari bersabar tetapi apa yang kita takuti ialah orang lain yang kita tak boleh kawal.

Beliau berkata, sekarang ekonomi sudahlah tak berapa baik, jangan ditambah lagi dengan isu-isu menghina agama ini kerana kita khuatir berlaku perkara yang tak diingini sehingga menyebabkan perbalahan.

“Berpolitiklah secara matang, tak usahlah dengan cara menghina, itu mungkin cara mereka yang kurang bermoral tetapi perlu diingatkan di Malaysia budayanya bukan begitu. Kita tak boleh hina agama lain di sini,” katanya.

Menurut Ustaz Idris, sama juga upacara kaum India menyambut Thaipusam contohnya ataupun orang Cina yang sembah kubur itu, kita tak pernah ganggu dan hina mereka pun dalam hal agama mereka.

“Jangan buat lawak begitu, mungkin ia kelakar bagi mereka yang tiada adab dan sensitiviti tetapi tidak bagi orang Islam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sendiri pun akan marah dan melarang keras jika orang Islam menghina agama lain, kita tak pernah ajar orang Islam bersikap begitu.

Menurutnya, inilah kejayaan para ulama’ dan pendakwah-pendakwah Islam yang telah berjaya menanam kepada masyarakat Islam betapa pentingnya cara hidup Islam agar bersikap baik  dan prihatin, tetapi kita tidak pastilah agama mengajar mereka bagaimana.

“Bagaimanapun, kita harapkan pihak Nanyang Siang Pau dipanggil oleh KDN dan diambil tindakan tegas selain diberi amaran supaya mereka sedar yang isu ini merupakan perkara sensitif dan bukan bahan mainan,” katanya.

Menurut Idris, secara jelas mereka sengaja mahu mencabar Islam, tetapi saya nasihatkan tak usahlah, jangan buat lawak begitu, mungkin ia kelakar bagi mereka tetapi tidak bagi orang Islam kerana perkara sebegitu merupakan isu yang besar dan sensitif.

Comments