Home Antarabangsa Mencabul Lelaki, Doktor Singapura Nyaris Disebat

Mencabul Lelaki, Doktor Singapura Nyaris Disebat

SHARE

Putrajaya: Seorang doktor warga Singapura nyaris disebat atas kesalahan mencabul kehormatan rakan sekerja beliau setelah diberikan sedatif, Dormicum sehinggakan doktor lelaki daripada Malaysia itu tidak sedarkan diri.

Doktor tersebut, Tan Kok Leong, 51 didapati bersalah, seperti yang dilaporkan oleh Channel NewsAsia, dan dijatuhi hukuman penjara selama 54 bulan namun terselamat daripada sebarang hukuman sebatan hanya kerana beliau berumur lebih 50 tahun.

Doktor Tan Kok Leong dikatakan telah mengambil 27 gambar alat sulit rakan sekerjanya itu ketika beliau tidak sedarkan diri. Walau bagaimana pun alasan yang diberikan ialah rakannya itu mahu mendapatkan rawatan kosmetik ke atas alat sulitnya.

Hakim See Kee Oon berkata, kesalahan Tan Kok Leong biasanya akan mendapat hukuman sebatan, tetapi lelaki itu terselamat kerana faktor umurnya yang telah melebihi 50 tahun, kata laporan itu lagi.

Comments