Home Tempatan Mempertahan negara tuntutan agama

Mempertahan negara tuntutan agama

SHARE
Sumber Gambar: Utusan Online

MUTAKHIR ini, umat Islam telah diancam dengan pelbagai sudut fahaman yang bukan sahaja mengancam akidah tetapi juga mengugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Kajian oleh Siti Rokiah Ab Rahman dan  Fadzli Adam (2107) menyatakan kemunculan gerakan militan di Timur Tengah ISIS (Islamic State of Iraq and Syam) yang berkonsepkan jihad Islam yang terpesong dengan syariat Islam memberi kesan dan ancaman kepada keselamatan dunia termasuklah Malaysia.

Gerakan militan ini mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan internet dan media untuk mengembangkan pengaruh, mengukuhkan ideologi dan merekrut ahli baharu menyertai gerakan ini. Perkembangan internet dan pengaruh media di peringkat global memberi peluang kepada organisasi ini untuk menarik perhatian masyarakat netizen terutamanya golongan muda yang aktif menggunakan teknologi masa kini.

Hasil dapatan kajian menunjukkan ISIS menggunakan internet dan media sosial untuk menyebarkan propaganda, mendapatkan kewangan, memberi latihan dan perancangan organisasi ISIS.

Cetusan kali ini juga, saya ingin memanjangkan mesej dan kandungan khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor berkaitan dengan keselamatan negara. Dalam memelihara keamanan negara, kita dikehendaki sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh sesuai dengan kemampuan yang dimiliki.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments