Home Pendapat Membetulkan Kenyataan tentang Hudud dan Perlembagaan – Mohamad Siddiq Azani & Fatihah...

Membetulkan Kenyataan tentang Hudud dan Perlembagaan – Mohamad Siddiq Azani & Fatihah Jamhari

SHARE

Penulis-penulis ingin memuji Harinder Singh atas usahanya memperkaya masyarakat Malaysia dengan kesusasteraan-kesusasteraan bersifat akademik melalui penulisan artikelnya yang bertajuk ‘ Don’t Let The Constitution Become A Tool Of The Few ’ yang disiarkan dalam akhbar Free Malaysia Today dan ‘Our constitution – an undermined document‘ yang diterbitkan dalam Malaysiakini, kedua-duanya bertarikh 9 Julai 2016.

Adalah sangat mengagumkan apabila Harinder Singh berjaya menghasilkan dua artikel yang berasingan tetapi dengan kandungan yang hampir sama dalam masa sehari dan penulis-penulis juga menghargai kesungguhan Harinder dalam menghasilkan artikel-artikel tersebut.

Walau bagaimanapun, penulis-penulis ingin menzahirkan beberapa ketidaktepatan fakta yang terpendam disebalik penulisan-penulisan tersebut.

Tetapi, sebelum itu, penulis-penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput Harinder Singh membaca penulisan oleh rakan-rakan aktivis daripada Concerned Lawyers for Justice yang telah dihasilkan sebelum ini terutamanya kenyataan akhbar yang bertajuk ‘Hudud Reinforces the Constitution’ bertarikh 14 Disember 2014 dan ‘Hudud and the Federal Constitution’ bertarikh 22 Mac 2015 yang telah disiarkan dalam Malay Mail Online dan Astro Awani.

Pertamanya, Harinder Singh telah menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang asas bagi tanah ini, di mana penulis-penulis mengakui dan sedia maklum bahawa Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan: Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Keduanya, Harinder Singh terus membuat kesimpulan dengan menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hudud dengan menganggap hudud itu sebagai “terang-terangan bercanggah dengan perlembagaan kita” dan menguatkan kesimpulannya dengan memetik pertentangan terhadap Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi menjawab balas kenyataan itu, penulis-penulis telah mengulangi pendirian awal mereka dengan menyatakan bahawa hudud tidak bercanggah dengan prinsip kesamarataan iaitu Perkara 8 (1) semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang dimana kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini menekankan ujian klasifikasi yang wajar yang dibahagikan kepada dua bahagian. – tanda/karakter jelas yang boleh difahami atau siapa yang termasuk dalam perkara apa yang hendak digubal berbanding siapa yang tidak, dalam kes ini, orang Islam berbanding bukan Islam; dan keduanya, sama ada tanda/karakter jelas itu berkait secara rasional dengan objek undang-undang, dalam kes ini, orang Islam yang mahu ditadbir oleh injunksi-injunksi Islam, termasuk hudud.

Ketakutan terhadap undang-undang jenayah Islam adalah tidak berasas daripada segi perundangan.

Peruntukan-peruntukan kontroversi seperti tuduhan palsu (qazaf), zina dan pengambilan alkohol telah digubal dan dilaksanakan bertahun-tahun lamanya. Ya, perlembagaan kita membolehkan enakmen kesalahan-kesalahan tersebut di bawah undang-undang Islam negeri dan hakikatnya, ia telahpun dikuatkuasakan. Bersatulah, Jangan bertengkar.

Ketiganya, Harinder Singh turut mengatakan bahawa perbincangan mengenai pelaksanaan hudud telah secara terang-terangan tidak mempedulikan fabrik perlembagaan negara kita.

Penulis-penulis menolak sekeras-kerasnya kiasan tersebut dan menyatakan undang-undang Islam di Malaysia telah wujud seawal abad ke-15 di bawah pemerintahan Kesultanan Melaka. ‘Risalah Hukum Kanun, Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Pahang’ adalah kod undang-undang Islam yang telah wujud pada masa itu.

Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara ini seperti yang dipegang oleh Edmond JC dalam kes Sheikh Abdul Latif vs Shaik Elias Bux. Ini menjadikan undang-undang Islam sebagai bukan undang-undang luar sebaliknya, undang-undang tempatan sepertimana yang dipegang dalam kes Ramah vs Laton, dan telah sedia wujud dalam fabrik undang-undang tempatan.

Kedudukan undang-undang ini diiktiraf dengan jelas oleh peruntukan-peruntukan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan sentiasa menjadi institusi-institusi rasmi negara yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal Islam. Ini jelas bercanggah dengan prinsip sekularisme dan kita dapat lihat bagaimana perangka Perlembagaan Persekutuan membentuk rangka perlembagaan negara kita.
Tindakan mereka sekarang yang mendakwa sebaliknya adalah keterlaluan dan kebudak-budakan kerana mereka tidak mengambil kira sejarah Malaysia yang sebenar.

Keempatnya, sebagai menyambung hujahan sebelumnya, tuduhan tidak berasas Harinder Singh bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah sekular berdasarkan sejarah dan di sisi undang-undang adalah tidak benar. Rangka perlembagaan kita sentiasa membawa nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam.

Perkara 145 (3), sebagai contoh, mengecualikan kuasa Peguam Negara daripada dilaksanakan di Mahkamah Syariah. Perkara 8 (5) membenarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang persendirian untuk mentadbir orang-orang Islam di negara ini, apatah lagi Perkara 121 (1A) yang memisahkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Seperti mana pelaksanaan undang-undang sivil dan sekular, perlembagaan kita juga memberikan perlindungan terhadap undang-undang Islam. Dakwaan yang mengatakan Perlembagaan kita tidak mempunyai nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam adalah terang-terangan salah dan biadap. Sekiranya perlembagaan telah ditakdirkan untuk menjadi sekular, sudah tentu Artikel 3, 8 (5) dan 121 (1A) tidak akan wujud.

Kelimanya, Harinder Singh turut mengkritik usaha oleh sesiapa sahaja untuk melaksanakan hudud sebagai tidak mempunyai “tidak memperdulikan Perlembagaan; tanpa jemu meneruskan kepentingan-kepentingan mereka, tidak mempamerkan sebarang rasa hormat kepada fabrik perlembagaan dengan interpretasi-interpretasi salah yang meragukan dimana sekiranya diimbas, ia kelihatan seperti satu usaha secara senyap untuk menulis semula perlembagaan kita seperti yang ada sekarang”.

Sebagai pemerhatian dan pernyataan, segala usaha kerajaan negeri Kelantan untuk meminda kod jenayah syariah negeri, kerajaan negeri telahpun mematuhi arahan/dekri sekular dan proses yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk dengan memperkenalkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah Islam yang telah diluluskan di Kelantan.

Akhir sekali, penulis-penulis ingin membuat pemerhatian bahawa keraguan terhadap apa-apa yang berkaitan dengan label Islam adalah sangat membimbangkan. Serangan berterusan terhadap Undang-Undang Jenayah Islam dan Mahkamah Syariah yang telah menjulang sekitar beberapa tahun yang lalu telah menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan kedua-dua pihak, kem sekular dan kem Islam.
Kedua-dua kem sekular dan kem Islam perlu memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan kita berkongsi nilai sepertimana yang dicari oleh kedua-dua kem dan sudah tiba masanya kedua-dua pihak bersatu untuk memastikan sebarang pelaksanaan undang-undang dapat dilakukan dengan betul dan bukannya untuk bertengkar atas isu-isu yang tiada titik mula.

* MOHAMAD SIDDIQ Azani dan FATIHAH Jamhari adalah peguam-peguam di Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka adalah ahli aktivis Peguam Prihatin untuk Keadilan (CLJ).

Comments