Home Tempatan MEMBEBASKAN BAITULMUQADDIS

MEMBEBASKAN BAITULMUQADDIS

SHARE
Profesor Tamu Kehormat Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Abd. Al-Fattah El-Awaisi

Pada tahun ini, genap 101 tahun rakyat Palestin hidup dalam kesengsaraan, malah menjadi pelarian di negara sendiri. Semuanya itu angkara kejahatan ‘Dajal Dunia’ Yahudi yang terus bermaharajalela sehingga hari ini melakukan kekejaman dan kezaliman mengatasi batas perikemanusiaan demi merampas tanah air Palestin.

Penjajahan Yahudi di Palestin dengan pencabulan hak-hak rakyat Palestin itu bermula selepas termaktubnya perjanjian haram dikenali Deklarasi Balfour.

Dokumentasi dalam bentuk kenyataan awam itu tercatat dalam bentuk surat yang ditulis pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar Britain, Arthur James Balfour kepada Lord Walter Rothschild, seorang tokoh terkemuka Zionis di Britain.

Surat tersebut menyebut secara jelas bahawa negara berkenaan menyokong penubuhan sebuah negara Yahudi di atas tanah air milik Palestin. Sejak itu, ter­usirlah rakyat Palestin secara beransur-ansur manakala bilangan orang Yahudi semakin bertambah yang dahulunya hanya berjumlah enam orang di Palestin.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments