Home Tempatan Memartabat undang-undang syariah

Memartabat undang-undang syariah

SHARE

ALHAMDULILLAH pada 27 Februari lepas Mahkamah Persekutuan Kuching sebulat suara telah memutuskan dalam empat kes murtad bahawa hanya mahkamah syariah yang berbidang kuasa membicarakan kes murtad.

Mahkamah syariah secara tersirat mempunyai bidang kuasa mendengar kes murtad kerana isu pemelukan Islam juga adalah dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Oleh itu apabila bidang kuasa tersurat diberikan kepada pemelukan Islam maka secara tersiratnya untuk keluar agama Islam juga diberikan kepada mahkamah yang sama.

Perkara yang lebih menggembirakan apabila Mahkamah Persekutuan membezakan keputusan kes terdahulu iaitu kes M Indira Gandhi di mana mahkamah memutuskan dalam kes M Indira Gandhi isunya adalah berbeza iaitu mencabar proses kemasukan Islam berbanding dalam kes-kes ini isu tersebut tidak dicabar tetapi hanya berkisar tentang isu mahu keluar Islam sahaja.

Natijahnya keputusan kes M Indira Gandhi bukanlah kes yang terkini berkaitan isu murtad dan tidak akan mengikat mahkamah bawahan. Kes murtad hanya boleh diputuskan di mahkamah syariah sebagaimana diputuskan dalam kes ini serta kes terdahulu seperti Lina Joy, Soon Singh dan banyak lagi.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments