Home Tempatan Melayu Tafsir Perlembagaan Dengan Budaya Menipu dan Mencuri – KJ John

Melayu Tafsir Perlembagaan Dengan Budaya Menipu dan Mencuri – KJ John

SHARE

Putrajaya: Menurut KJ John, kolumnis portal Malaysiakini dalam penulisannya yang bertajuk ‘Democracy – ‘Melayu-style’?’, penafsiran Melayu moden terhadap Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada pengamalan budaya menipu, mencuri dan berhelah.

“Saya sebenarnya penat dengan budaya ‘menipu, mencuri dan berhelah’ yang sedang berlaku dalam penafsiran Melayu moden terhadap Perlembagaan Persekutuan yang semakin diterima umum, melainkan, Badan Kehakiman Negara enggan bersekongkol,” tegas KJ John.

Beliau turut berpendapat bahawa, antara masalah yang timbul daripada budaya ini adalah penggunaan lojik yang tersasar dalam membuat keputusan, seperti kes kalimah ‘Allah’ di mana ia telah diisytiharkan sebagai satu ‘perkataan Melayu’ yang haram untuk disalah gunakan oleh warga Malaya (Malaysia).

Selain itu, menurut KJ John, perkataan ‘Malaysia’ itu pada dasarnya berasal daripada Bahasa Inggeris, sepertimana bahasa asal Perlembagaan Persekutuan.

“Maka dengan itu, kesimpulan untuk hujah saya adalah bahawa, Malaya dan Malaysia, kedua-duanya pada kata akar adalah perkataan Bahasa Inggeris, sama seperti bahasa asal Perlembagaan Persekutuan. Penjajah tidak berunding dan bersetuju, berunding istilah, frasa serta kebimbangan mereka di dalam Bahasa ‘Melayu’.”

Atau dalam penulisan asalnya,

“Therefore, my conclusive argument is that Malaya, and Malaysia, are both at root, English words; exactly as it is with the original language of our Federal Constitution. The Colonials did not negotiate and agree, negotiate terms, phrases, and concerns, in the Melayu language.”

“Warisan budaya dan bahasa Parlimen kita adalah daripada Inggeris”, ujar KJ John lagi.

Comments