Home Tempatan Melayu liberal punca anti-Islam makin lantang

Melayu liberal punca anti-Islam makin lantang

SHARE

PUTRAJAYA – Golongan Melayu berfahaman liberal adalah salah satu punca kepada kelantangan golongan anti-Islam bersuara pada masa kini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, golongan seperti ini tidak memahami agama dengan sempurna, sekaligus menyebabkan golongan anti-Islam mengambil kesempatan untuk lebih lantang bersuara di negara ini.

“Sekarang kita dengar sudah ada penganjuran pesta arak, pesta gay di negara ini. Dulu mana ada semua ini!

“Kami bukan anti-gay. Itu hak masing-masing. Cuma jangan promosikan sebarang penganjuran pesta, program yang boleh pengaruhi masyarakat. Untuk apa mereka berkongsi maklumat sebegitu?” soalnya dalam temu bual bersama Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini , sebuah portal melaporkan satu acara gay akan berlangsung Kuala Lumpur pada 30 September depan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments