Home Tempatan Melaka haramkan pengemis dan perayu derma atas nama agama

Melaka haramkan pengemis dan perayu derma atas nama agama

Ketua menteri berkata tidak ada keperluan untuk mengemis.

SHARE

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Melaka memberi amaran akan menangkap sesiapa yang merayu derma atau mengemis daripada orang awam, kata Datuk Seri Idris Haron.

Ketua menteri Melaka itu berkata, amaran itu turut ditujukan kepada mereka yang membawa barang jualan atas nama kebajikan dan badan agama.

“Di bawah undang-undang sedia ada, enakmen Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri akan digunakan untuk menangkap sesiapa yang meminta sedekah. Mereka juga akan di bawa ke mahkamah,” katanya dipetik The Star hari ini.

Idris berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri mempunyai data penerima bantuan setiap bulan.

“Jadi kita merasakan tidak perlu untuk sesiapa menjadi pengemis.

“Kita juga mahu menghapuskan aktiviti meminta wang daripada masyarakat dengan menjaja barangan atau alatan agama atas nama kebajikan atau agama,” katanya.

Katanya, pihaknya menerima aduan kanak-kanak dipaksa menjual buku agama di luar bank, restoran dan kawasan lain yang sibuk.

Free Malaysia Today

Comments