Home Tempatan McDonald’s Berhak Menuntut Pampasan Dari Penyumbang Boikot – Azmir Jaafar

McDonald’s Berhak Menuntut Pampasan Dari Penyumbang Boikot – Azmir Jaafar

SHARE

Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia mempunyai hak untuk menuntut pampasan daripada pihak-pihak yang menyumbang kepada usaha boikot syarikat tersebut, demikian kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., Azmir Jaafar.

Menurutnya, terdapat dakwaan tidak bertanggungjawab di atas talian dan laman sembang Whatsapp bahawa Mcdonald’s Malaysia menyumbang kepada konflik Israel-Palestin melalui dana kepada Tabung Yahudi Bersatu (JUF).

Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh New Straits Times, Azmir menyatakan bahawa McDonald’s telah memberikan banyak sumbangan kepada negara melalui pembayaran cukai, program kebajikan dan lain-lain lagi.

“McDonald’s menegaskan bahawa ianya menyumbang dengan banyak kepada negara melalui cukai, pelaburan, program kebajikan dan beribu-ribu pekerjaan sepanjang sejarah 35 tahun operasinya di Malaysia.”

Menurut Azmir lagi, Mcdonald’s Malaysia telah pun memfailkan laporan polis terhadap lebih 20 individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana menyebarkan menyeru masyarakat untuk memboikot jenama itu.

Comments