Home Surat Surat Pembaca – MCA: Masihkah Kau Ingat?

Surat Pembaca – MCA: Masihkah Kau Ingat?

SHARE

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Demikianlah antara kata-kata orang tua-tua kita (Melayu) yang penuh hikmah dan amat dalam ertinya.  Fakta ketuanan Melayu adalah benar dan isu ketuanan pemilik asal mana-mana bangsa utama di dunia adalah juga benar dan sah di sini undang-undang.  Lihatlah betapa bangganya bangsa Arab atau Afrika terhadap negara kelahiran mereka. Begitu juga dengan perasaan bangsa-bangsa lain terhadap ketuanan bangsa itu sendiri tak kiralah sama ada berbangsa Jawa atau Mongol, Jepun hatta bangsa Nordik dan Jerman di Eropah atau Scottish atau Welsh di Great Britain.

Jadi, apa masalahnya orang Melayu bangkitkan semula isu-isu ketuanan Melayu yang ingin dinafikan bukan sahaja oleh DAP tetapi akhir-akhir ini turut dipersoalkan oleh MCA?  Bagi warga Malaysia yang pernah bekerja, belajar atau tinggal di luar negara amat sering mendengar ungkapan “alien” atau “foreigner” atau “Asian” diucapkan oleh orang-orang Amerika,  Kanada, United Kingdom, Australia, New Zealand (sekadar contoh) bagi membezakan kita daripada bangsa asal di negara berkenaan.  Kenapa boleh terima yang itu tetapi menolak dan rasa “terhina” apabila dikatakan terpaksa menulis bangsa sebagai “Cina”  dalam pelbagai borang apabila berurusan dengan jabatan kerajaan ataupun swasta di Malaysia?

Inilah paradoks dan kurang keyakinan diri sebenarnya dalam jiwa orang-orang Cina Malaysia. Bahkan orang Cina yang datang melancong ke Malaysia malah ada yang sudah bermastautin di Malaysia, turut hairan dengan gelagat orang Cina Malaysia yang tidak mengenang budi.  Bukan saya yang cakap begitu, tetapi orang Cina bernama  Ye Lin-Sheng dalam bukunya berjudul, The Chinese Dilemma (2003) yang mendedahkan fakta itu. Tak percaya, baca tulisan beliau. Kemudian, tulislah buku lain bantah fakta tersebut secara akademik dan ilmiah.

Apa kata Ye Lin-Sheng?  Banyak betul…..sebahagiannya adalah seperti berikut:

Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana-mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik.

“Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana-mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa Cina.”

“Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat.”

Tak kenang budinya orang Cina terhadap pengorbanan orang Melayu oleh kaum Cina DAP dan MCA yang amat rasis serta chauvinist boleh dilihat dalam komen-komen ikhlas tokoh bangsa Cina Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, seorang pakar sejarah ulung negara yang amat dikenali dan dihormati. Amat jelas penyataan ikhlas dan terbukanya tentang apa yang “Cina rasis dan chauvinist”  telah balas kepada orang Melayu-Islam di bumi Melayu sendiri.

Jom, kita dengar apa kata Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim (http://www.malaysiakini.com/news/142082),

“Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153  dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan. Kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi. “Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut. Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja. Oleh yang demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu. Orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat Raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948. Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud.”. 

Perhatikan betul-betul frasa atau kata-kata yang saya gunakan sebelum anda tidak berpuas hati dan ingin menyanggah. Jangan ulangi drama murah dalam sidang Dewan Rakyat tempoh hari. Kecewanya kita adalah tertumpu hanya kepada Cina DAP dan MCA yang rasis dan chauvinist sahaja yang semakin bertambah bilangannya menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.  BUKAN SEMUA bangsa Cina yang tahu sejarah, masih baik hati, berpekerti mulia, terpelajar, masih menghormati bangsa lain dan sayangkan negara ini sepenuhnya. Mereka ini sama-sama sayang negara Malaysia bersama-sama bangsa Melayu yang sehati sejiwa. Inilah warga 1Malaysia yang utuh lagi berjiwa Jalur Gemilang!

Dan kita juga tidak lupa spesies bangsa Melayu yang turut terpekik meroyan di Dewan Parlimen petang Khamis, 6 April, 2017 yang lalu.  Melayu yang sama kelihatan tergelak tersenyum memerhatikan bos DAP dia berhujah di Dewan menyanggah Tan Sri Speaker ketika Yang Berhormat Marang dibenarkan untuk membentangkan Usul RUU 355.  Inilah wajah sebenar Ahli Parlimen Melayu-Islam yang mewakili pengundi Melayu-Islam di kawasannya yang menang atas sokongan suara Melayu-Islam pada PRU-13 atas tiket PAS tetapi melanggar Sumpah Bai’ah PAS untuk bersama parti PAN yang ramai kata, adalah  tajaan DAP.

Apa isu sebenarnya? Kita hanya mahukan persaingan sihat dalam kancah dan pentas politik negara yang semakin kelabu dan suram dipolitikkan. Keadaan sedemikian memang dahsyat dan menakutkan. Kita mahukan semua parti bebas bertanding dalam PRU ke-14 secara demokratik mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan undang-undang sedia ada. Biarkan rakyat berbilang kaum gunakan hak demokratik mereka di peti undi.   Susah sangatkah permintaan ini?

Kalau demikian: apa lagi yang Melayu mahu? Woooowww…garang bunyi soalan tu? Naik meremang bulu roma teman dibuatnya! Mudah…Apa yang kita sebagai orang Melayu-Islam mahukan amatlah mudah. Kita inginkan keselamatan negara terjamin tanpa fitnah dan adu domba politik  yang sedikit-sebanyak berjaya menghuru-harakan rakyat. Kita inginkan apa-apa hak, keistimewaan dan perkara-perkara berkaitan kedaulatan Agama Islam, orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang memang sudah terjamin dalm Perlembagaan Persekutuan, kekal sebagaimana adanya malah boleh diperkasakan lagi pada masa-masa akan datang. Kerajaan yang berkuasa mesti menunaikan hak-hak itu sepenuhnya sebagaimana sewajarnya tanpa memikirkan suara bukan Melayu yang menentang kerana segala-galanya sudah selesai hampir 60 tahun dahulu.

Orang bukan Melayu yang rasis lagi chauvinist terdiri daripada kaum Cina DAP dan MCA yang dimaksudkan itu pula kini dibantu oleh Melayu yang diberi dedak oleh Tuan Cinanya.  Namun, mahu tidak mahu, mereka terpaksa terima hakikat bahawa kedaulatan Islam sudah terjamin dalam Perkara 3(1), 1(4), 12(2), 121 (1A),  Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan, Sumpah Jawatan YDP Agong dalam Perkara 37(1) dan Jadual Keempat  Perlembagaan Persekutuan. Itu semua sah sebagaimana adanya dan tidak boleh dipinda kecuali dengan kehendak dan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat yang bersidang pada sesuatu masa. Demikianlah wahai bangsa Cina MCA: janganlah berlakon lagi kerana anda sendiri sudah melondehkan niat dan isi hati anda dalam Forum RUU 355 anjuran Parti MCA di Jalan Ampang pada 10 Mac 2017 yang lalu. In a way, thank you but no thanks, for being honest!

Kan kita dah sebut: hentikan Opera Cina tu.  MCA ternyata selama ini sudah menjadi gunting dalam lipatan dalam konteks persefahaman pelbagai parti dalam induk sebuah unit politik bernama  Barisan Nasional (BN). Kita amat yakin bahawa Presiden MCA terawal, Mendiang Tun Tan Siew Sen pastinya kecewa dengan telatah menikam belakang Cina DAP dan MCA terkini ke atas rakan politiknya UMNO dalam BN.  Ini adalah kerana parti MCA yang beliau asaskan dengan rakan-rakan lamanya seperti Tun H.S. Lee tidak rasis dan tidak chauvinist. Masih segar dalam ingatan kata-kata beliau (laporan Bernama , 19 November 2008):

“Orang Melayu menerusi Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warga negara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”.

MCA: Masihkah kau ingat? DAP memang sengaja lupakan. Atau, orang  Melayu yang mudah lupa?

Rijaluddin Hj. Abdullah merupakan pembaca Menara.my

Comments