Home Surat MCA – Berhentilah Bermain Wayang Cina!

MCA – Berhentilah Bermain Wayang Cina!

SHARE

Tanggal 10 Mac 2017 menyatakan segala-galanya. Bertempat di Ibu Pejabat MCA di Wisma MCA Jalan Ampang, pihak MCA telah mengadakan forum terbuka pertamanya mengenai isu Usul RUU 355. Agak berlainan sikit, tajuk forum yang dianjurkan berjudul, “Implications of Hadi Awang’s RUU355” yang dihadiri tidak lebih daripada 120 orang. Sebenarnya penganjuran program ini sudah menampakkan penolakan penganjur ke atas Usul RUU 355.

2. Forum terbuka MCA ini harus diberi pujian di atas keberanian penganjur membahaskan isu ini secara terbuka buat pertama kalinya jika dibandingkan dengan parti komponen BN lainnya seperti Gerakan, MIC hatta oleh UMNO sendiri yang sehingga kini masih belum mengadakan sebarang forum terbuka khusus atas tajuk Usul RUU 355. Untuk perkara ini, tahniah MCA!

3. Yang paling hebat memperkatakan Usul ini adalah NGO-NGO Islam (NGI) dan sekretariat seperti UMMAT selain parti-parti pembangkang yang dikepalai DAP diikuti penyokong kuatnya, PAN serta NGO-NGO lain yang senada dengan pembangkang. Tidak perlu kita senaraikan kerana sebegitu banyak berselindung atas pelbagai jenama; bukan Islam dan di kalangan NGO Islam itu sendirinya.

4. Marilah kita bermula dengan hand-out tujuh (7) muka MCA bertaip (kini diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk tujuan artikel ini) yang diberikan oleh penganjur malam berkenaan yang antara lain dengan jelas menyatakan bahawa:

    • “MCA tidak anti-Islam”;
    • “MCA tidak menentang Undang-Undang Syariah”;
    • “MCA menentang implementasi “Undang-Undang Hudud” yang tak sesuai untuk Malaysia”;
    • “Hudud yang ingin PAS laksanakan adalah berdasarkan Kelantan Syariah Criminal Code Enactmernt (II) (1993) (Amended 2015) yang meliputi kesalahan mencuri, merompak, qazaf, zina, meminum arak dan fitnah”;
    • “MCA tidak menentang Akta 355 sedia ada. MCA hanya menentang usul persendirian Dato’ Seri Abdul Hadi untuk meminda Akta 355”;
    • “Masalah dengan usul persendirian ini adalah tujuannya untuk “menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam Teokratik.”
    • “Walaupun Perdana Menteri kata Usul RUU 355 tiada kaitan dengan hudud tetapi MCA dan sekutu Persatuan Cina bimbang Hadi Awang akan melaksanakan hudud dan perlahan-lahan menjadikan Malaysia “more Islam Islamist than ever”;
    • “Pindaan Akta 355 ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan”;
    • “Sekalipun kerajaan mengambilalih pembentangan Usul RUU 355, MCA akan bertegas supaya RUU 355 berkenaan tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara. Jika tidak, MCA akan membantah menerusi semua peringkat”;
    • “RUU355 ini, jika diluluskan, akan membuka jalan ke arah pelaksanaan hudud”;

Keadaan sekular Perlembagaan Persekutuan akan terjejas dan masyarakat akan berpecah-belah. “The secular nature of the Federal Constitution will be greatly affected.” “Society will be divided :….Muslims….and non-Muslims….”;

Mewujudkan satu situasi kacau bilau di mana satu negara mempunyai dua sistem undang-undang. “Creating a chaotic situation of “one country, two systems”;

“Pindaan Akta 355 akan memberi kesan ke atas orang bukan Islam”;

“Pindaan Akta 355 jika diluluskan, akan bertindan dengan kanun keseksaan.” “overlap the Penal Code”; dan

“Membandingan pelaksanaan Hudud di Brunei, Nigeria dan negara lain.”

5. Dinyatakan dalam edaran berkenaan, beberapa persatuan dan perikatan Cina yang membantah dalam perbincangan dengan pihak MCA:-

    • The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM);
    • The Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong);
    • The Federation of Hokkien Associations Malaysia;
    • The Federal Teochew Association of Malaysia;
    • Young Buddhist Association of Malaysia;
    • Malaysia-China Chamber of Commerce;
    • United Commerce of Women Association;
    • Federation of Taoist Associations Malaysia.

6. Pertama-tamanya tajuk forum telah memberikan gambaran bahawa MCA “benar-benar salah faham” atau “berdegil, buat-buat tak faham” akan Usul RUU 355. Ia masih di peringkat Usul yang belum dibentangkan sepenuhnya apatah lagi belum diterima oleh YDP Parlimen untuk dibahaskan sebagai RUU. Usul ini dinamakan “Usul RUU 355” dan bukannya “RUU Hadi Awang” atau “Hadi Awang’s RUU 355.” Tajuk sengaja diubahsuai dengan maksud prejudis, subjudis dan niat buruk!

7. Keduanya; bukan sahaja kandungan tetapi gaya bahasa wakil-wakil MCA, iaitu Kevin Koo (Youth Chairman, MCA Putrajaya) dan Datuk Sri Ti Lian Ker (MCA Central Committee Member dan Chairman of MCA Religious Harmony Bureau) jelas memperlihatkan “amat benci dan tidak suka kepada Usul RUU 355, marah kepada bukan sahaja PAS tetapi juga mereka yang menyokong Usul RUU 355”.

8. Lebih memeranjatkan lagi ialah reaksi prejudis sehingga kedua-dua tokoh muda MCA berkenaan sanggup mereka-reka dan menakut-nakutkan penonton dengan andaian gila mereka bahawa penerimaan pindaan Akta 355 ini boleh mengakibatkan Malaysia kehilangan rakyat bukan Islam yang akan berhijrah secara berbondong-bondong ke negara lain! Wow…bukan sahaja jauh benar tersasar telekan mereka tetapi juga tak masuk akal langsung. Manakan tidak: pelabur Cina dari Negera China berbondong-bondong berniaga dan ingin datang ke Malaysia sedangkan mereka yang sudah lama bermastautin sebagai warganegara Malaysia ingin berhijrah ke luar!

9. En. Sardar Jagir Singh pula selaku Wakil MCCBCHST dan National Interfaith Council of Malaysia juga tidak kurang membawa autanya yang tersendiri bahawa penerimaan pindaan Akta 355 ini yang kononnya “bertentangan dengan Perlembagaan” itu akan menyebabkan Negeri-Negeri boleh mengutip cukai untuk orang bukan Islam iaitu jizyah kononnya seperti yang telah dilakukan di Terengganu sebagaimana dilaksanakan oleh YB Marang yang sama ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu. Kalau dalam kelas COM 101 bagi Ijazah Komunikasi di mana-mana universiti tempatan, kenyataan seperti itu adalah “nilai berita yang sangat tinggi” dan boleh jadi headlines akhbar keesokan harinya! Betapa tidaknya: kita tergelak bagaimana “seorang yang diwar-warkan sebagai pakar perlembagaan” boleh memutarbelitkan fakta undang-undang kerana cadangan jizyah itu tidak wujud, tidak pernah diluluskan tidak pernah dilaksanakan langsung! Dengan kata lain, Sardar Singh berbohong kering……auta, auta, auta! In short he’s much worse than a spinner, because he spins from nothing!

10. Seterusnya, MCA gagal perlihatkan kenyataan mereka “tidak menentang Islam”, “bersetuju dengan Akta 355 tetapi menentang usul pindaannya oleh YB Marang” dan gagal memahami content sebenar Akta 355 kerana mengaitkannya dengan Undang-Undang Hudud yang merupakan sebahagian daripada Undang-Undang Syariah. Usul RUU 355 hanyalah untuk pertingkatkan kadar hukuman dalam Akta 355 sedia ada sekaligus boleh perkasakan Mahkamah Syariah yang kini terletak jauh lebih rfendah daripada bidangkuasa mahkamah sivil.

11. Adalah jelas MCA gagal memahami apa itu hudud dan kenapa Usul RUU 355 bukannya hudud. Akta 355 tidak melibatkan apa-apa kesalahan di bawah Senarai Persekutuan (Federal List) dan Kanun Keseksaan (Penal Code) dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian isu-isu rogol, mencuri dan merompak yang dibincangkan oleh wakil-wakil MCA itu sebenarnya tiada kesan dan tidak terpakai kerana kesemua itu termasuk dalam Federal List. Fakta adalah benar, auta adalah bohong!

12. Selain itu, sejak diwujudkan pada tahun 1965, dipinda pada tahun 1984, dipanjangkan kuatkuasanya di Sabah dan Sarawak pada tahun 1989 dan sehinggalah 33 tahun berlalu pelaksanaannya, belum pernah ada mana-mana warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang bukan Islam ditangkap dan didakwa atas apa-apa kesalahan jenayah syar’iyy Negeri-Negeri di bawah Akta 355 kerana ianya hanya terkesan ke atas umat Islam! Hai…..takkan lulusan Ijazah undang-undang sivil dan pemilik Diploma Syar’iah UIAM seperti Kevin Koo tak faham bahawa Akta 355 tidak terkesan ke atas bukan Islam? Tak reti ke atau buat-buat tak reti sebab ada agenda terselindung nak bantai Muslim dan Islam?

13. Datuk Sri Ti Lian Ker mendakwa dalam mukaddimah forum tersebut bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya tetapi berjaya hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kita boleh bersetuju walaupun dicemari dengan beberapa insiden yang mengganggu-gugat keharmonian berkenaan. Namun kita ingin bertanya: jika demikian kenapa jolok sarang tebuan? Kenapa menjadi batu api kepada umat Islam yang nak sokong pindaan Akta 355 yang hanya terkesan ke atas umat Islam? Bukankah lebih baik MCA turut sama menyokong kerana pindaan hukuman akta berkenaan akan menjadi alat pencegah yang amat kuat kepada umat Islam supaya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah yang terkandung dalam Akta 355 sedia ada? Apa masalahnya dengan ahli-ahli MCA yang bukan Islam?

14. Kita ingin beritahu (dan semua panel forum malam itu pun tahu) bahawa tiada apa-apa pindaan lain dalam Akta 355 sedia ada kecuali batas hukuman 3 tahun penjara, denda sebanyak RM 5,000.00 dan 6 sebatan syar’iyy dicadangkan oleh YB Marang menjadi 30 tahun penjara, denda sebanyak RM100,000.00 dan sebatan syar’iyy sebanyak 100 kali ke atas pesalah beragama Islam. Kenapa Sardar Singh, Zurairi dan dua wakil MCA bangkitkan isu-isu lain yang tak bersabit dan terangkum dalam bidang kuasa Akta 355 kecuali untuk menakut-nakutkan umat Islam dan bukan Islam kononnya pindaan itu akan membawa kesan-kesan yang digembar-gemburkan itu seperti perlaksanaan hudud potong tangan, sebatan 100 kali yang mencederakan yang jauh lebih menyeksakan daripada sebatan sivil sedia ada.

15. Dalam perkembangan lain, para peguam Muslim, akademik dan orang ramai beragama Islam amat pelik kenapa Usul RUU 355 yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara tetapi difitnah dan digembar-gemburkan sedemikian hebatnya tanpa bukti dan hujah undang-undang sedangkan RUU 164 yang sudah diluluskan Bacaan Pertama di Parlimen sekarang yang sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Negara beriya-iya diperjuangkan oleh peguam sivil bukan islam sejak 5 tahun yang lalu? Bukankah ini satu ironi dan ala-ala double standard yang amat ketara? Usah sebutlah kononnya “RUU355 akan menyebabkan double jeopardy!”

17. Adalah juga amat pelik lagi ajaib bukan Islam seolah-olah nak tunjuk “membela pesalah syar’iyy” umat Islam Malaysia daripada dikenakan hukuman yang lebih keras menerusi RUU 355 berbanding batasan sedia ada dalam Undang Sivil. Diberikan contoh meminum arak boleh dikenakan sebatan sehingga 100 kali atau denda sehingga RM100,000.00 atau penjara sehingga 30 tahun. Mereka sebenarnya memperolok-olokkan undang-undang syariah negara yang terpakai dalam Akta 355. Teramat mustahil Hakim-Hakim Syar’iyy kita boleh menghukum sewenang-wenangnya sedangkan mereka penuh yakin Allah Maha Melihat Lagi Maha Mendengar. Lontaran provokasi seperti inilah yang kuat menular di media sosial malah ditambah dengan momokan palsu pindaan Akta 355 membenarkan “kesalahan hudud yang membolehkan pencuri dipotong tangan seperti yang berlaku di negara lain seperti Nigeria dan sebagainya!”

18. Pembaca yang budiman boleh membuat kajian dan dengan mudah dapat mematahkan fitnah jahat ini menerusi pelbagai maklumat tentang Islam di alam siber. Orang Islam yang bijak akan memanfaatkan internet dengan tujuan yang positif. Memang dalam dunia siber kini, “sebar dulu, semak kemudian” menjadi motto tukang fitnah. Bila kena saman kelam kabut mohon maaf dan boleh pula dengan mudah berkata “saya bergurau saja!” Malangnya mangsa fitnah menerimanya dan pemfitnah masih terus memfitnah, malah dengan lebih hebat lagi…

19. Selain maklumat di internet, kita anjurkan pembaca mendapatkan penerangan daripada peguam-peguam Muslim, pensyarah, guru-guru agama di masjid dan surau-surau tentang Usul Pindaan RUU 355 ini. Tuan-tuan juga boleh menghantar pertanyaan kepada pihak JAKIM, YADIM atau IKSIM untuk mendapatkan penjelasan mengenainya, atau bacalah risalah-risalah dan buku-buku yang sudah dicetak mengenainya di pasaran terbuka. Usahlah ditipu lagi dengan fitnah jahat musuh-musuh Islam.

20. MCA sebenarnya boleh membantu membuktikan bahawa ia parti yang tidak menentang Islam dan Muslim dengan menyeru ahli parlimennya (yang tak seberapa pun) di Parlimen menyokong Usul RUU 355. RUU 355 dengan cadangan hukuman yang ditingkatkan akan menggerunkan bakal pesalah daripada melakukan kesalahan syar’iyy. Mengelakkan Muslim daripada melakukan kesalahan syar’iyy boleh membaiki akhlak mereka ke arah menjadi Muslim yang lebih baik, menyeru kepada yang ma’ruf dan menjauhi yang mungkar.

21. Atau sebenarnya MCA bimbangkan gejala jenayah industri dosa yang melibatkan orang Islam akan menjejaskan ekonomi tauke-tauke pub, kelab malam, tempat persundalan dan seumpama akan merudum tidak lagi dikunjungi oleh pekerja dan pelanggan Muslim yang takut dengan bakal kadar denda yang jauh meningkat? Cakaplah terang-terang jangan berselindung, membuat fitnah dan meroyan dengan pelbagai tohmahan luar jangkaan! Oleh itu, jika MCA bimbangkan industri dosa akan terkesan jangan fitnahkan RUU 355 dengan ungkapan kata-kata seperti para 4 (i) hingga 4 (xv) di atas yang diedarkan kepada semua peserta forum malam berkenaan.

22. MCA janganlah berlagak bersih beriya-iya nak membantu Barisan Nasional (BN) tetapi main wayang Cina di belakang. Jangan benarkan anggapan orang Islam kini bahawa MCAlah selama ini yang menjadi gunting dalam lipatan BN. Jangan benarkan anggapan bahawa yang menikam UMNO dan parti lain BN bukanlah pengkhianatan orang UMNO yang tak dapat sokongan pimpinan UMNO terkini, tetapi MCA bermain wayang di sebalik tabir, bersekongkol dengan DAP.

23. Ayuh, buktikan MCA tolak DAP dengan berhadapan fakta-fakta sebenar Usul Pindaan RUU 355 dan bukannya berselindung dengan politik murahan serta fitnah menikam dari belakang. Orang Melayu Islam sudah banyak bersabar dan masih sedang bersabar dengan tingkah laku perkauman sempit Cina MCA. Jangan gerakkan kemarahan orang Melayu mendesak MCA keluar daripada BN sebagaimana DAP yang berbuat demikian. Datanglah berbincang dengan pimpinan UMNO mengenai Usul RUU 355 khususnya Dato’ Seri Jamil Khir dan Dato’ Dr Ashraf Wajdi Dusuki selaku Menteri dan Timbalan Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

24. Hentikan wayang kotor ini. Teladanilah hasrat dan corak perjuangan tulen semangat waja pemimpin MCA terdahulu seperti bekas Presiden MCA Tun Tan Siew Sen yang dengan megah pernah berkata pada 30 April, 1969, iaitu beberapa hari sebelum peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bahawa: “the Malays, through UMNO were generous enough to relax the citizenship laws of this country…MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserve g the special position of Malays”.

25. Pembaca yang budiman: Sejarah adalah fakta; pemimpin dan pengikut MCA kini banyak auta!

Rijaludin Hj. Abdullah, merupakan pembaca menara.my

Comments