Home Tempatan MCA bantah pindaan, bukan Akta 355

MCA bantah pindaan, bukan Akta 355

SHARE

MCA hanyalah membantah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), dan bukannya undang-undang sedia ada itu sendiri.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian dalam satu kenyataan hari ini berkata oleh itu adalah tidak wajar bagi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi mempersoalkan bantahan Presiden MCA terhadap pindaan itu .

Aziz semalam dipetik mempersoalkanMCA yang menentang Akta 355, apabila “ia ada dalam Perlembagaan Persekutuan sejak sekian lama.”

“Sebagai timbalan, lebih-lebih lagi kepada Menteri Pengangkutan (Liow), adalah menjadi tanggungjawab Aziz Kaprawi untuk menegakkan semangat menghormati dan tidak menunjukkan secara terang-terangan perselisihannya terhadap (Liow), sebelum berbincang,” kata Ti yang menggesa Aziz berhujah seperti seorang peguam.

Aziz adalah timbalan menteri pengangkutan manakala Liow pula adalah menterinya.

Beliau berkata MCA sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan, dan hanya membantah pindaan kepada Akta 355 yang akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“MCA menenentang negara ini mempunyai dua sistem undang-undang dan hukuman bagi kesalahan yang serupa apabila Kanun Keseksaan memperuntukkan penalti bagi kesalahan jenayah yang juga terdapat dalam enakmen PAS di Kelantan atau apabila PAS memerintah Terengganu.

“Lebih-lebih lagi, seperti yang dijelaskan berulang-kali, mana-mana undang-undang yang memperuntukan wajaran berbeza untuk keterangan berdasarkan agama atau jantina melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua rakyat adalah sama rata di sisi undang-undang,” kata Ti.

Comments