Home Antarabangsa Masjid kedua dibakar di Florida

Masjid kedua dibakar di Florida

SHARE

TAMPA: Kebakaran yang disengajakan memusnahkan dewan solat di masjid daerah Tampa, semalam.

Kejadian dilaporkan di dewan Masyarakat Islam New Tampa, kata pasukan Bomba Penyelamat Mukim Hillsborough, dalam siaran akhbar.

Penyiasat kebakaran menerima panggilan kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Selepas mengumpulkan bukti, mereka merumuskan kebakaran itu disengajakan dan tiada sesiapa berada di masjid itu ketika kejadian.

“Memang membimbangkan apabila komuniti kita menjadi mangsa jenayah benci,” kata jurucakap Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) di Florida, Wilfredo Amr Ruiz.

Syarikat penggera memaklumkan anggota lembaga masjid awal berhubung kejadian dan mendapati pasukan bomba sudah berada di situ apabila sampai, kata CAIR.

Penyiasat Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api dan Letupan (ATF) turut berada di tempat kejadian, kata CAIR.

ATF mengesahkan ejennya berada di situ tetapi berkata jabatan bomba tempatan mengetuai siasatan.

CAIR berkata, api bermula di pintu masuk ke dewan solat.

Kerosakan dikesan pada pintu dan permaidani disebabkan percikan air dan asap. – AP

Berita Harian

Comments