Home Antarabangsa Masjid Iowa terima nota ancaman

Masjid Iowa terima nota ancaman

SHARE
Gambar hiasan

IOWA: Pemimpin Pusat Islam Des Moines mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk berbincang mengenai nota ancaman yang ditemui dalam kotak surat masjid berkenaan.

Dr Samir Shams berkata, beliau menemui nota tulisan tangan itu pagi Ahad lalu.

Ia tertera, umat Islam adalah orang ‘keji’ dan Presiden Donald Trump akan ‘melakukan kepada umat Islam apa yang dibuat Hitler kepada puak Yahudi’.

Nota itu ditandatangani dengan ‘Americans for a Better Way.’

Shams berkata, penduduk Islam perlu mengambil serius nota seumpama itu dan bercadang mengadakan pertemuan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) cabang Iowa mengeluarkan siaran akhbar menggesa siasatan mengenai jenayah benci dilakukan.

CAIR berkata, mesej sama dihantar ke beberapa masjid lain di Iowa dan tempat lain. – AP

Berita Harian

Comments