Home Antarabangsa Masjid al-Aqsa Akan Terus Dipantau – Zionis

Masjid al-Aqsa Akan Terus Dipantau – Zionis

SHARE

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Zionis telah memutuskan untuk menanggalkan alat pengesan logam yang dipasang di pagar masjid Al-Aqsa selepas langkah keselamatan itu mencetuskan ketegangan antara kedua-dua belah pihak.

“Kabinet bersetuju dengan cadangan pihak keselamatan untuk mengubah kaedah pemeriksaan menggunakan pengesan logam kepada pemeriksaan keselamatan dengan teknologi canggih dan lain-lain kaedah,” kata Pejabat Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu.

Menurut portal BBC (http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40712797), negara haram Israel telah memperuntukkan sekitar 100m syikal ($28m) mengikut nilai mata wang Zionis untuk membiayai peralatan keselamatan baru dan para militari tambahan untuk berkawal di perkarangan masjid.

Jumaat lalu, seramai tiga orang rakyat Palestin telah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan para militari Israel yang disertai oleh beribu-ribu orang yang turun membantah langkah menutup Masjid al-Aqsa di Timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Tentera Zionis membuat dakwaan bahawa terdapat penyeludupan senjata ke kawasan tanah suci dan kononnya kawalan keselamatan menggunakan alat pengesan logam itu diperlukan bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku.

Comments