Home Tempatan Masjid ajak ‘kongsi rezeki, kongsi pahala’ bantu si miskin

Masjid ajak ‘kongsi rezeki, kongsi pahala’ bantu si miskin

SHARE
Rak untuk menderma makanan disediakan di sebuah masjid di Kepala Batas, Pulau Pinang. — Foto ihsan Facebook/Khairul Fitri Kiraman

SUNGAI DUA, 21 Okt — Sebuah masjid di Pulau Pinang mengajak “berkongsi rezeki dan berkongsi pahala” bagi membantu orang miskin mendapat makanan.

Jamiul Jalal Wal Kamal di Kepala Batas menyediakan ruang menderma makanan seperti beras atau gula untuk diambil oleh mereka yang memerlukan, lapor Sinar Harian.

“Melalui program ini bukan sahaja dapat berkongsi rezeki, tetapi juga berkongsi pahala dalam membantu mereka yang memerlukan,” kata pengerusinya Khairul Fitri Kiraman.

Sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan hanya perlu menulis nama di sebuah buku sebelum mengambil sumbangan orang ramai, katanya.

Menurut Facebook beliau, mereka yang berminat menyumbang boleh menghubungi melalui WhatsApp nombor telefon 019 470 61 88.

Sementara itu, Masjid Alwi di Kangar pula pada Oktober lalu dilaporkan menyediakan dua buah peti sejuk untuk orang ramai menghantar makanan.

Peti sejuk itu diletak di tangga luar dewan-dewan solat lelaki dan wanita bagi memudahkan orang ramai mengambilnya.

The Malay Mail Online

Comments