Home Antarabangsa Masih ramai dibunuh dalam perang dadah Filipina

Masih ramai dibunuh dalam perang dadah Filipina

SHARE
This picture taken on February 8, 2017 shows a member of a "Scene of the Crime Operatives (SOCO)" team investigating the crime scene where two alleged robbers were killed after a gun fight with police in Manila. Shadowy assassins have killed scores of poor victims in the Philippines after President Rodrigo Duterte officially ordered police to withdraw from his deadly drug war, a rights monitor said on February 17. / AFP PHOTO / NOEL CELIS

MANILA: Penyerang tidak diketahui masih membunuh ramai mangsa yang miskin di Filipina, walaupun selepas Presiden Rodrigo Duterte secara rasmi mengarahkan polis menghentikan peperangan ke atas aktiviti dadah, kata sebuah badan pemerhati hak asasi manusia, hari ini.

Duterte menggantung peranan polis dalam operasi itu pada 31 Januari lalu selepas kempen keganasan selama tujuh minggu terbabit meragut 2,555 nyawa suspek dadah di tangan pihak berkuasa, manakala 3,930 mangsa lain dibunuh dalam keadaan yang tidak dijelaskan.

Statistik terbaharu yang dikeluarkan polis itu diserahkan kepada AFP hari ini, menunjukkan ada 4,076 kes pembunuhan di bawah siasatan, hingga 13 Februari lalu.

Terdapat tambahan 146 kes, menjelang akhir Januari lalu dan beberapa kumpulan hak asasi manusia mencadangkan pembunuhan tanpa bicara masih berterusan tetapi berkurangan.

“Sasaran masih sama, iaitu mereka yang dikaitkan dengan dadah dan tinggal di kejiranan miskin,” kata pegawai kempen Amnesty International cawangan Filipina, Wilnor Papa. – AFP

Berita Harian

Comments