Home Tempatan Martabatkan Islam Bukan Agenda DAP

Martabatkan Islam Bukan Agenda DAP

SHARE

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Ustaz Ismail Mina Ahmad menyatakan dominasi serta cengkaman DAP terhadap gabungan pembangkang di bawah PKR (Parti Keadilan Rakyat) menjadi asas kepada kebimbangan masyarakat mengenai agenda Islam yang dibawa gabungan tersebut.

Beliau dipetik oleh portal Utusan Online sebagai berkata, “Dari segi trek rekod mereka di negeri Pulau Pinang dan Selangor, adakah mereka mempunyai agenda Islam yang lebih besar daripada UMNO dan BN (Barisan Nasional), saya sejujurnya tidak nampak, malah mereka (gabungan pembangkang PKR) lebih kepada agenda yang menguncup.”

Ustaz Ismail turut menyatakan bahawa di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, beliau begitu mesra ulama sehingga Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) ditubuh bagi mengeratkan hubungan bersama kerajaan dan memperkasakan lagi agenda Islam.

Berbanding parti-parti gabungan pembangkang yang tidak pernah sunyi dengan isu-isu melibatkan sensitiviti masyarakat Islam, kerajaan yang diterajui BN mengambil prinsip wasatiyyah dan mentadbir negara selaras dengan kerangka Maqasid Syariah.

Sambil menasihati masyarakat Islam agar membuka mata terhadap helah politik DAP, beliau berkata, “Terus-terang saya tidak tahu bagaimana kita hendak mengharapkan mereka (gabungan pembangkang PKR) menjaga Islam.”

Untuk rekod, bagi mendepani Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) ini, DAP sudah menegaskan logo roket akan ‘ditinggalkan sementara’ bagi menggunakan logo PKR.

Comments