Home Tempatan MAPIM Gesa Masjid, Surau Anjurkan Solat Hajat Untuk Misi Bantuan Ke Myanmar

MAPIM Gesa Masjid, Surau Anjurkan Solat Hajat Untuk Misi Bantuan Ke Myanmar

SHARE

SHAH ALAM, 25 Jan – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meminta masjid dan surau seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin pada 2 Feb ini sempena misi ‘Food Flotilla for Myanmar’.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia bertujuan mendoakan keselamatan sukarelawan dan kejayaan misi menghantar 1,000 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar khususnya etnik Rohingya yang ditindas.

“Di Shah Alam, Mapim akan memohon kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor untuk anjurkan solat hajat di Masjid Negeri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bernama

Comments