Home Tempatan Manuskrip Melayu kaya dengan ilmu

Manuskrip Melayu kaya dengan ilmu

SHARE

PUTRAJAYA 4 Mei – Manuskrip-manuskrip Melayu yang berusia ratusan tahun menyimpan banyak ilmu pengetahuan yang tidak disedari generasi masa kini dan hanya menunggu untuk diteroka semula khazanahnya.

Ketua Bahagian Asia Tenggara, British Library, Datuk Dr. Annabel Teh Gallop yang fasih berbahasa Melayu dan menguasai tulisan jawi berkata, beliau sendiri telah membuat penemuan bahawa kesedaran masyarakat Melayu mengenai hak harta intelek sebenarnya telah wujud sejak lebih 200 tahun dahulu.

“Sebenarnya masih banyak sekali dapat dilakukan dan bidang ini terbuka untuk semua, jangan anggap ia tertutup, ini bidang yang terbuka dan masih memerlukan lebih banyak peminat lagi,” katanya yang merupakan warga British.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Keistimewaan Bahasan dan Warisan Persuratan Melayu’ dalam Seminar Bahasa Melayu: Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

UTUSAN ONLINE

 

Comments