Home Tempatan Manusia Berasal Dari Haiwan – Shafiqah Othman Hamzah

Manusia Berasal Dari Haiwan – Shafiqah Othman Hamzah

SHARE

Putrajaya: Otak mereka yang yakin bahawa mereka diciptakan oleh Tuhan adalah bermasalah, menurut Shafiqah Othman Hamzah. Kolumnis Malay Mail Online yang aktif menulis mengenai Islam itu pernah mendakwa bahawa kisah Adam dan Hawa dihukum untuk turun ke dunia hanyalah untuk menakut-nakutkan kita agar patuh kepada pihak yang berkuasa.

“Sejujurnya saya fikir otak ‘creationist’ (mereka yang beriman kepada Tuhan) adalah tidak disesuaikan untuk menerima fakta. Tetapi kamu tahu apa yang indah mengenai fakta? Ianya tidak akan berubah hanya kerana kamu enggan mempercayainya,” dakwa anak kepada penyanyi Singapura yang terkenal pada era 70an, Othman Hamzah.

“Tetapi jika mereka tidak memberitahu kamu yang kamu dihalau (ke bumi) disebabkan oleh kesalahan kecil, bagaimana untuk menakutkan kamu untuk tunduk kepada pihak yang berkuasa?” dakwanya lagi.

Aktivis Sisters in Islam (SIS) ini yang juga merangkap ahli Komuniti Muslim Universal itu hairan bagaimana mungkin terdapat khalayak manusia yang boleh berasa terhina dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada mawas, dan mempunyai pertalian persaudaraan dengan haiwan-haiwan lain.

Katanya, “Saya tidak tahu mengapa sesiapa boleh terfikir bahawa evolusi, atau berkongsi jalur keturunan moyang dengan haiwan-haiwan, ialah sesuatu yang menghinakan. Bagi saya, ianya sungguh menginsafkan.”

“Hanya kerana moyang-moyang kita mengambil jalur evolusi yang lain, tidak bermakna bahawa kita “lebih berevolusi” berbanding dengan haiwan. Kita cuma berevolusi secara berbeza,” tegasnya.

Beliau berharap agar manusia tidak menyangka mereka adalah spesis yang terbaik, mahupun yang paling sempurna evolusinya. Mereka yang berpandangan sedemikian, menurutnya, seolah-olah seperti mendakwa Bumi sebagai pusat alam semesta ini.

“Tidak wujud sesuatu seperti ‘spesis yang terbaik’ atau ‘yang paling disempurnakan’. Sebenarnya, kita sendiri bakal menjadi moyang yang sama bagi spesis-spesis baru pada masa akan datang,” katanya lagi.

Comments