Home Tempatan Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bukan Lagi Ahli Lembaga TH

Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bukan Lagi Ahli Lembaga TH

SHARE

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengeluarkan satu siaran akhbar mengumumkan bahawa YBhg. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) tidak lagi menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH.

TH menyatakan bahawa mantan KSP tersebut telah menyandang jawatan tersebut semenjak tahun 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan. Oleh yang demikian, kekosongan tersebut akan diisi oleh wakil Perbendaharaan yang baharu sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Pada 14 Mei 2018 lalu, kerajaan telah memutuskan kontrak perkhidmatan Tan Sri Mohd Irwan sebagai KSP dipendekkan kepada 14 Jun 2018 dan beliau ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga tamat tempoh kontraknya.

Comments