Home Tempatan Mantan Ahli Majlis DAP Mengaku Tidak Bersalah Cabul Kehormatan Pelajar

Mantan Ahli Majlis DAP Mengaku Tidak Bersalah Cabul Kehormatan Pelajar

SHARE

GEORGE TOWN: Bekas Ahli Majlis DAP, L. Prem Anand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan mengguna kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan seorang pelajar kolej yang berusia 21 tahun pada 6 Julai lalu.

Mantan Pegawai Khas ADUN DAP Paya Terubong ini didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dua daripada mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mangsa melaporkan bahawa L. Prem Anand secara paksa telah mencium dan  memeluknya, kemudian mengeluarkan alat sulitnya dan memaksa mangsa untuk melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa mendakwa ahli DAP tersebut terus memaksakan dirinya ke atas beliau, dan kemudian memancutkan air maninya ke atas tubuh mangsa.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. 

Sebelum ini, seorang peniaga, V. Poovaneswari pernah mendakwa L. Prem Anand telah meminta dan menerima rasuah daripadanya sebanyak RM10,000 pada awal tahun 2012 sebagai habuan mendapatkan lesen sewaktu beliau masih memegang jawatan Ahli Majlis DAP di Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Comments